| Ahad, 27 Julai 2008 |
| Catatan 10 : Bagaimana untuk mengurangkan bil elektrik anda |
Saranan 1) Kurangkan atau hentikan menggunakan penyaman udara. Sebagai ganti, hidupkan kipas angin anda. Anda boleh berjimat sebanyak $50 dalam sebulan sahaja. Ini kerana penyaman udara menggunakan tenaga elektrik yang banyak dan merupakan sumber terbesar dalam bil anda. Sebuah kipas angin hanya menggunakan 1/10 daripada tenaga yang digunakan oleh sebuah penyaman udara.
Saranan 2) Semakin rendah suhu ditetapkan, semakin banyak tenaga yang digunakan oleh penyaman udara. Tetapkan suhu pada 25 deg C atau lebih. Setiap kenaikan darjah menjimatkan wang anda kerana bil elektrik menurun.
Saranan 3 ) Matikan perkakas elektrik seperti televisyen dan komputer apabila tidak digunakan dan jangan biarkan pada keadaan `siap sedia' atau `stand-by mode'. Perkakas yang berada dalam keadaan `siap sedia' menambahkan sekitar 10% kepada bil elektrik anda.
Untuk maklumat dan butiran lanjut, anda bolehlah melungsuri http://www.e2singapore.gov.sg |
posted by Hanani @ 4:39 PG  |
|
|
|
| Menangani Kos Kehidupan menerusi Minda dan Sanubari |
|
|
| Pos Lalu |
|
| Arkib |
|
| Mutiara Kata |
| Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
“Dan ingatlah tatkala Rabbmu mengumandangkan : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih” [Ibrahim : 7]
|
| Pautan |
|
|
| Template oleh |
|
|