Isnin, 21 Julai 2008 |
Catatan 3 : 5 sebab mengapa memiliki kad kredit itu bahaya! |
1)Ianya meningkatkan kadar hutang anda. Bila hutang terlupa dibayar atau tak mampu terbayar, masalah demi masalah akan timbul.
2)Bank mengenakan kadar faedah (interest rate) yang tinggi. Buang duit hanya untuk membayar faedah.
3)Ianya menggalakkan pembelian barangan atau khidmat tanpa berfikir panjang. (impulse buying) Akhirnya, barangan itu tak digunakan dan terbuang.
4)Ianya menaikkan perbelanjaan yang seringkali adalah pada barangan yang tidak benar-benar diperlukan. Contohnya, sudah ada beg tapi beli banyak lagi beg yang berjenama walau tidak diperlukan dan tidak penting dalam kehidupan.
5)Ianya menggalakkan anda berbelanja lebih daripada apa yang anda mampu.
Hindarkan daripada terikut dengan cara hidup yang menjunjung kemewahan semata-mata tanpa memikirkan padahnya. Jika benar-benar perlukan barangan, gunakan kad debit, khidmat NETS atau wang tunai sahaja, dimana kita tidak menambahkan hutang dalam hidup kita, malahan semua pembayaran dilaksanakan secepat mungkin. |
posted by Hanani @ 7:10 PG |
|
|
Menangani Kos Kehidupan menerusi Minda dan Sanubari |
|
Pos Lalu |
|
Arkib |
|
Mutiara Kata |
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
“Dan ingatlah tatkala Rabbmu mengumandangkan : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih” [Ibrahim : 7]
|
Pautan |
|
Template oleh |
|
|