| Sabtu, 12 Julai 2008 |
| Catatan 2 : Hindarkan pembaziran, amalkan berjimat-cermat |
Senario 1 : Kita beli makanan berlebihan daripada apa yang diperlukan. Misalnya, kita hanya mampu makan 2 atau tiga keping epok-epok tapi kita beli 5 atau 10 epok-epok. Lebih-lebih lagi, untuk keluarga yang kecil. Akhirnya, ke tong sampah juga makanan tu.
Senario 2 : Kita biarkan lampu bernyala di bilik sedangkan kita berada di dapur. Kita menonton televisyen berjam-jam, walaupun dah tak ada rancangan menarik dipaparkan. Bil elektrik naik disebabkan pembaziran.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan.
Hai, kadang-kadang yang tukang tulis ni pun bersalah jugak. Jadi, sama-samalah kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. |
posted by Hanani @ 12:38 PTG  |
|
|
|
| Menangani Kos Kehidupan menerusi Minda dan Sanubari |
|
|
| Pos Lalu |
|
| Arkib |
|
| Mutiara Kata |
| Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
“Dan ingatlah tatkala Rabbmu mengumandangkan : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih” [Ibrahim : 7]
|
| Pautan |
|
|
| Template oleh |
|
|