Ahad, 27 Julai 2008 |
Catatan 9 : Barangan dapur boleh digunakan untuk bahan kecantikan - untuk menjimatkan kos |
Ada barangan dapur yang boleh digunakan untuk bahan kecantikan dan kebersihan. Dengan ini, kita dapat menjimatkan wang daripada membeli barangan kecantikan yang mahal-mahal yang berada di pasaran.
1) Jus lemon boleh digunakan sebagai toner dan boleh disapu di muka beberapa minit. Kemudian cucilah muka sehingga bersih. Toner yang berada di pasaran berharga puluhan dolar dan ada juga yang mencecah ratusan dolar.
2) Jus lemon juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan dengan berkesan. Hiris buah lemon, ambil satu hirisan dan perah. Ambil jusnya dan lumurkan ke bahagian badan yang berbau `semerbak' misalnya ketiak. Biarkan untuk seketika. Insya Allah, bau ketiak yang `semerbak' akan hilang. 3 biji buah lemon berharga $1.80 manakala minyak wangi berharga puluhan dolar. Bolehlah kita berjimat.
3) Madu juga boleh kita gunakan untuk melicinkan wajah kita. Sapu sedikit madu ke muka dan biarkan selama 2 atau 3 jam. Kulit akan menjadi lembut. `Softener' yang dijual di pusat membeli-belah selalunya berharga puluhan dolar. Dapatlah kita jimat wang dan gunakan untuk keperluan lain. |
posted by Hanani @ 4:02 PG |
|
|
Menangani Kos Kehidupan menerusi Minda dan Sanubari |
|
Pos Lalu |
|
Arkib |
|
Mutiara Kata |
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
“Dan ingatlah tatkala Rabbmu mengumandangkan : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih” [Ibrahim : 7]
|
Pautan |
|
Template oleh |
|
|